BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pengertian sihir

pengertian sihir
sihir

Sabtu, 20 Ogos 2011

pembahagian saka

Saka boleh dibahagikan kepada dua iaitu saka laut dan saka darat. Saka laut terdiri daripada saka buaya, saka ular, saka naga dan sebagainya. Manakala saka darat terdiri daripada saka jin Ifrit, saka harimau, saka monyet dan sebagainya.
Daripada pengalaman orang yang pernah mempunyai saka laut, biasanya mereka akan berasa sejuk dari pinggang ke bawah tetapi cuma mengalami pada masa tertentu sahaja. Mereka yang mempunyai saka buaya atau pun saka naga selalu menderita sakit di bahagian muka terutama mata. Biasanya mata mereka akan rabun dan rawatan pembedahan moden pun tidak mendatangkan kesan.
Bagi kaum wanita, mereka sering mengalami sakit di bahagian pinggang dan rahim. Jin saka ularmembelit pinggang pesakti. Selain itu saka ini akan tinggal dalam rahim wanita itu dan akan ada gangguan yang berlaku dalam rahim mereka samada haid tidak teratur, ketumbuhan, isithadah, tumpah darah yang banyak dan gangguan-gangguan lain.
Saka darat pula akan mengganggu fikiran dan perasaan. Gejala gangguannya adalah sesak nafas, sakit dada, mudah lupa dan was-was terutama semasa solat dan sakit tulang belakang. Kaum lelaki akan mengalami sakit tulang belakang dari bahagian pinggang hingga ke pangkal paha yang kadang-kadang menyebabkan alat kelamin tidak berfungsi secara normal, sakit lutut bagi perempuan yang mencecah usia setengah abad dan gangguan pada haid. Terdapat lebam-lebam pada paha ataupun di mana sahaja anggota badan akibat dihisap oleh jin dan kesan cakaran akibat dicakar oleh jin.
Selain itu, pesakit akan sering terdengar suara memanggil namanya apabila berseorangan serta merasakan ada seseorang berada di belakang dan memerhatikannya di setiap sudut. Tanda saka harimau biasanya timbul di sekitar rumah seperti cakaran harimau yang kdang kala terdapat pada badan orang yang mengalaminya. Sekali pandang, mata orang yang ada saka harimau seolah-olah berwarna merah dan muka bertukar kepada wajah harimau.
Sebenarnya saka ini menyusahkan dan menyakiti orang yang membelanya. Bukan sekadar pesakit itu sahaja diganggu, malah seluruh ahli keluarganya juga akan mengalami gangguan yang menyebabkan mereka tidak dapat hidup tenteram. Jin saka ini boleh bertukar menjadi tuannya dan tidur serta menggauli isteri tuannya semasa tuannya tidak ada di rumah. Saya banyak bertemu kes di mana isteri dan anak perempuan telah digauli oleh jin saka ini yang menyebabkan mereka menanggung sakit di kemaluan. Biasanya berlaku dalam keadaan separuh sedar. Dalam kes terbaru di Felda Keratong, seorang ibu dan anak perempuannya tidak tahan lagi menanggung derita dirogol jin setiap malam.
Manusia tidak boleh bersahabat, minta tolong atau pun mempunyai sebarang hubungan dengan makhluk halus. Ia bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi menjerumuskan dalam kesesatan dan kesyirikan.
Cara Merawat:
Kaedah Pertama:
Pesakit boleh diruqyah dengan cara biasa dan ulang tanpa jemu bagi melemahkan dan mengeluarkan atau membakar jin itu jika tidak mahu keluar.
Kaedah Kedua:
Membaca ayat ruqyah secara tartil secara berulang-kali ke telinga pesakit:
§  Ayat 23 daripada Surah al-Furqan
§  Ayat 83 daripada Surah al-Anbiya’
Kaedah Ketiga:
Membaca selawat berulang-kali ke telinga pesakit:
1.     Selawat Tafrijiyah.
2.     Selawat Syifa
Kaedah Keempat:
Bacakan ayat berikut dan pada masa yang sama, tepuk belakang badan pesakit:
http://www.penawar.com/v9/wp-content/uploads/2011/04/al-hijr_34-35-300x60.jpg
“Allah menyatakan, ‘Keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat.” – surah al-Hijr ayat 34 – 35
Niatkan kita sedang memukul jin yang sedang berada di dalam badan pesakit. Kemudian bacakan ayat-ayat:
§  Surah al-Fatihah
§  Surah al-Mukminun ayat 115 hingga 118
§  Selawat
Tiupkan kepada air dan diberi minum kepada pesakit. Kemudian bacakan doa yang pernah menceritakan perjanjian Nabi Sulaiman dengan kaum jin.
Kaedah Kelima:
Bacakan pada segelas air ayat berikut:
§  al-Fatihah
§  Surah Insyirah
Ulang setiap sebelum/sudah solat subuh.
Kaedah Keenam:
Menggunakan minyak habbatussauda’ yang telah ruqyah dan disapu ke tempat yang sakit.
PERHATIAN: Untuk rawatan buang saka boleh hubungi Ustaz Suhaimi di 019-9048006

0 ulasan: